F-16 VISTA

F-16 VISTA
Peranan Pesawat pejuang eksperimen
Pengeluar General Dynamics
(kini Lockheed Martin)
Jumlah dibina 1
Dibangunkan dari F-16 Fighting Falcon

Program General Dynamics (sekarang Lockheed Martin) F-16 VISTA (Variable stability In-flight Simulator Test Aircraft), yang bermula daripada tahun 1988 hingga 1997, merupakan sebuah program yang bertujuan menghasilkan versi pesawat Tujahan Vektor Pelbagai Paksi (MATV) bagi pesawat F-16 Fighting Falcon. Program ini bermula sebagai program persendirian perkongsian bersama di antara General Electric dan General Dynamics.

Pesawat ujian F-16 VISTA menggabungkan enjin muncung tujahan vektor pelbagai paksi (MATV) yang memberikan kawalan aktif kepada pesawat dalam situati lepas-pegun. Pesawat yang dihasilkan adalah super-manuver, mengekalkan kawalan anggul dan oleng pada sudut serangan melepasi permukaan kawalan tradisional yang tidak boleh mengubah ketinggian.

Program VISTA boleh dikatakan berjaya, tetapi kawalan tujahan vektor (TVC) tidak pernah dikeluarkan dalam versi pesawat pengeluaran.

Program ini juga membawa kemajuan dalam pembangunan Input Suara Terus dan "Paparan Pandang Keatas Maya", yang mana kedua-duanya akan digabungkan dalam reka bentuk kokpit untuk pesawat F-35 Lightning II.[1] Pesawat STOVL F-35 juga akan mengabungkan MATV semasa terkatung-katung di udara untuk menyediakan kawalan altitud.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy